Majlis Khatam Al Quran 1444H Peringkat Sekolah

Majlis Khatam Al Quran 1444H telah berlangsung di Dewan Seri Tun Habab, SMK Tun Habab pada 17 April 2023.  Majlis kali ini telah menjemput Ustaz Hasnul Jamal iaitu vokalis Diwani menyampai sedikit perkongsian tentang Aman Palestin.

TENTATIF PROGRAM
7.20: Majlis Khatam Al Quran
8.00: Sembang Santai Ramadan Bersamamu oleh Ustaz Hasnul Jamal, vokalis kump. nasyid Diwani, duta Aman Palestin
9.00: Sumbangan ‘Kasih Ramadan’
9.30: Bersurai

Sebelum majlis berakhir, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha yang merupakan pengetua SMk Tun Habab telah dijemput untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada semua pelajar yang terjejas banjir, anak-anak yatim dan asnaf.

Sesi Petang
⏰ 12.40 – 3.30 petang

TENTATIF PROGRAM
12.40: Majlis Khatam Al Quran
1.20: Solat Zohor
1.40: Selawat & zikir
2.00: Sembang Santai Ramadan Bersamamu oleh Ustaz Syed Nurul Fadli bin Habit Mohd Azid, Unit Pend. Islam, PPD Kota Tinggi
3.00: Sumbangan ‘Kasih Ramadan’
3.30: Bersurai

📦Pihak Aman Palestin akan membuka kaunter sumbangan sempena ramadan bersamamu yang akan disalurkan ke palestin, syria dan yaman seperti tajaan iftar, bakul ramadan dan hadiah hari raya.

Copyright Themes © 2022