Di Sebalik Tabir Video Raya 2023

Pada 13 April 2023, Unit ICT dengan kerjasama panitia Bahasa Melayu telah mengadakan penggambaran video untuk Hari Raya Aidilfitri. Cikgu Rohasnita binti Hassan telah diberikan tanggungjawab untuk mengarah video raya dengan diselaraskan oleh Cikgu Ahmad bin Ramli. Manakala Cikgu Noorazlizawatie binti Ahmad dan Cikgu Nurashikin binti Ishak menyelaras tugas Duta Penggerak Digital untuk proses penggambaran dan penyuntingan video.

Terima kasih kepada tuan pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha, semua guru dan akp kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang pembikinan video raya ini.

*Kredit gambar kepada Duta Penggerak Digital

Copyright Themes © 2022