APKT Johan Hafazan

Tahniah kepada pelajar Asrama Pusat Kota Tinggi (APKT) kerana telah diumumkan sebagai pemenang pertandingan Hafazan Festival Asrama yang berlangsung pada 12 April 2023 secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet.

Kedua-dua ketagori hafazan dimenangi oleh Ar Rayan Rozqi bin Ahmad Isma Najib Sarwani dan Saidatina Aisha binti Abu Bakar.  Peserta diuji mengikut 5 Tahap meliputi
hafazan juzu’ amma, dua suruh pilhan, doa-doa harian, azan dan iqamah serta doa dan ahir sekali solat jenazah.

Tahniah kepada kepada guru pembimbingnya, Ustazah Norhafizah dan pelajar-pelajarnya.

*Kredit Cikgu Siti Khadijah atas sumbangan poster

Copyright Themes © 2022