Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Hari ini anak-anak Glorious Tun Habab kehilangan ayahanda yang dikasihi, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil yang merupakan pengetua SMK Tun Habab bagi tahun 2017 hingga 2023. Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih mengakhiri perkhidmatan beliau sebagai pendidik di SMK Tun Habab pada 30 Mac 2023. Secara rasminya, Cikgu Zakaria akan menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada 1 April 2023. 
 
Perigi  tuan semak siratan,
          Ukur tali nampak serupa;
Pergi tuan semarak ingatan, 
          Luhur budi tidak dilupa.
 
Amat ketara pucuk siantan,
          Rasa segar tepian titi;
Selamat bersara ufuk ingatan,
          Mekar jasa di taman bakti.
 
Tuai padi tinggal jerami,
          Mega petang amat redup;
Dunia persaraan tuan alami,
          Moga tenang nikmati hidup.
 
Pahat papan serupa dulu,
          Bawah kain daun cermai;
Rehatlah tuan di dunia baru,
          Ukhuwah terjalin usah terurai.
 
Terima kasih Cikgu Zakaria kerana atas bakti yang disemai di SMK Tun Habab. 
 
Petikan pantun
http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2017/05/pantun-sempena-persaraan.html
 

Copyright Themes © 2022