Sesi Persekolahan 2023/2024

Sesi persekolahan baharu 2023/2024 telah bermula pada 19 Mac 2023. Kehadiran semua pelajar ke sekolah disambut mesra oleh pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil, barisan pentadbir dan guru-guru bertugas. Program dimulakan dengan perhimpunan rasmi di Dewan Seri Tun Habab dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, YDH Nik Azaham bim bin Nik Aziz, Pegawai Perhubungan Sekolah, ASP Azri Bin Ya’acob
Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti Daerah Kota Tinggi dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Cikgu Haji Mohamad Fadil bin Ishak serta pegawai-pegawai PPD Kota Tinggi. 

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan bacaan doa. Seterusnya ucapan alu-aluan daripada Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil dan Cikgu Haji Mohamad Fadil bin Ishak. Akhir sekali ucapan daripada YDH Tuan Nik Azaham bin Nik Aziz. Lagu Penyanyi Sudiman, Di Sini Lahirnya Seorang Insan dan Anak Suria menutup perhimpunan rasmi bagi sesi baharu ini.

Copyright Themes © 2022