Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Pada 16 Mac 2023 telah berlangsung Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena persaraan pengetua SMk Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil. Majlis anjuran Kelab Guru dan Kakitangan SMK Tun Habab telah berlangsung di Hotel Amari, Johor Bahru tepat jam 8.30 malam. Beliau turut hadir bersama-sama dengan isteri dan anak-anak dan cucunya ke majlis ini. Majlis turut diselang selikan dengan persembahan nyanyian daripada anak-anak glorious Tun Habab yang dibimbang oleh Cikgu Nurasikin binti Ishak. Persembahan video hasil daripada Duta Penggerak Digital turut dipaparkan sebelum ucapan daripada Cikgu Zakaria. 

Terdahulu dalam ucapan beliau, beliau ada menceritakan sejarah perkhidmatannya sebagai guru sehingga dilantik sebagai pengetua paling muda di daerah Kota Tinggi. Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua guru yang pernah mengajar anak-anaknya di SMK Tun Habab dan semua guru dan AKP yang telah berkhidmat dengan cemerlang di bawah pentadbirannya.

Copyright Themes © 2022