Minuman MILO Percuma

Terima kasih ABANG MILO sebab bawa air MILO kegemaran ramai daripada kanak-kanak hingga dewasa ke SMK Tun Habab. 

Sedikit informasi tentang Milo. Milo dicipta pada tahun 1934 oleh Thomas Mayne. Nama Milo diambil daripada nama seorang ahli olahraga yang terkenal kerana kekuatan lagendanya iaitu Yunani Purba Milon dari Kroton iaitu Milo of Croton. 

Milo ialah jenama bagi minuman tenusu yang berasaskan coklat dan malt yang dikeluarkan oleh syarikat Nestle. Ia mula dibangunkan di Australia dan kini dikilangkan di berbagai negara termasuklah Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, New Zealand, India, Vietnam, Afrika Selatan, Jamaica, Jepun, Chile, Nigeria, Kenya, Syria dan Ghana.

Tahukah anda? Setelah hampir 50 tahun Milo dilancarkan ke pasaran Malaysia, jumlah pengguna Milo di negara ini kini berjumlah 90 peratus, iaitu pengguna yang tertinggi di dunia. Mungkin disebabkan oleh itu kilang Milo terbesar ditubuhkan di Malaysia.

Nestle melaburkan lebih RM100 juta untuk kilang tersebut demi menaikkan taraf kemudahan pengeluaran dan meningkatkan kecekapan operasi. Dalam masa yang sama adalah untuk meningkatkan kapasiti agar dapat memenuhi permintaan tempatan dan eskport ke lebih 20 negara.

Manakala kilang milo yang lama di Petaling Jaya dipindahkan ke Chembong juga dan kilang tersebut diambil alih oleh Lactalis, sebuah syarikat bahan tenusu ternama dunia yang sudah dikenali hampir 100 buah negara. Lactalis membeli kilang di Petaling Jaya dalam perjanjian bernilai RM 155.3 Juta.

Sebelum kilang Milo di Chembong, Rembau ini diperbesarkan, kilang Milo terbesar pada ketika itu adalah di Bristol, England. Milo ini dibuat di lebih daripada 24 kilang di seluruh dunia dan dijual di lebih daripada 40 buah negara.

Copyright Themes © 2022