Anugerah Kecemerlangan Bakat Murid Negeri Johor

Pada 14 Februari 2023, SMK Tun Habab telah dijemput untuk menghadiri Anugerah Kecemerlangan Majlis Sukan-Sukan Sekolah yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Parit Raja, Batu Pahat. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan negeri Johor, Encik Md. Said binMd. Daimon. Pengetua SMk Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil telah dijemput hadir untuk menerima anugerah mewakili Glorious Tun Habab. Bersama-sama dengan pengetua ialah Cikgu Norzita binti Yunos (PK Kokurikulum), Cikgu Fairus binti Abd. Ghani (PK Petang), Cikgu Hasimah binti Munajat (GKMP Sains dan Matematik), Cikgu Mohd Ezaq binti Mohamed Zin, Cikgu Khairil Anwar bin Moahamad, Cikgu Zuhariri bin Mohd Piah, Cikgu Mohd Nor Akmal bin Salleh, Cikgu Aliff Azrai bin Ahamad, Cikgu Mohd Thalhah bin Mat Noh dan Cikgu Mohd Ulu Azmi bin Azis turut hadir menghadiri majlis tersebut. SMK Tun Habab telah menerima beberapa anugerah :

Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum Sekolah Menengah (Lelaki)

Teo Jun Jet

Anugerah Pasukan DTC-JDT Bola Sepak Cemerlang

DTC-JDT SMK Tun Habab

Anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum Sekolah Menengah (Bandar)

SMK Tun Habab 

Tahniah kepada semua yang terlibat.

Copyright Themes © 2022