Pengetua Terima Watikah Sekolah Aspirasi Johor

Pada 11 Februari 2023 bertempat di Maktab Sulatn Abu Bakar (English College), pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. jalil telah menerima watikah Sekolah Aspirasi Johor. Watikah telah disampaikan oleh Tuan Haji Anuar bin Sukiran, Timbalan Pengarah Pendidikan Johor (Pengurusan Sekolah) yang mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Encik Mohd Said bin Md. Daimon.

Pada majlis ini, YDP PIBG Puan Noriasah binti Sidek turut hadir sama mendengar taklimat berkaitan dengan Sekolah Aspirasi Johor yang mana hanya satu sekolah sahaja yang terpilih bagi daerah masing-masing. Tahniah kepada semua warga Glorious Tun Habab, sama-sama kita jayakan Sekolah Aspirasi Johor!

*Kredit kepada tuan pengetua dan YDP PIBG atas sumbangan gambar dan berita

Copyright Themes © 2022