Majlis Anugerah Kualiti 2022

Pada hari kedua Karnival Keusahawanan 2023 telah berlangsung Majlis Anugerah Kualiti 2023 di Dewan Seri Tun Habab.Majlis bermula jam 8.00 pagi dirasmikan oleh Yang DiPertua PIBG SMK Tun Habab, Puan Noriasah binti Sidek. Nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku mendahului majlis pagi ini dan diikuti dengan persembahan tarian zapin. Kemudian bacaan doa, ucapan aluan oleh pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG. Penyampaian sijil dibahagikan kepada tiga sesi iaitu sesi 1 untuk anugerah Kurikulum, sesi 2 untuk anugerah Hal Ehwal Murid dan Sesi 3 untuk anugerah Kokurikulum.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada YDP PIBG. Tahniah kepada semua penerima anugerah.

Copyright Themes © 2022