Bimbingan dan Penilaian Pertama Amalan Adab ABC

Pada 8 Februari, 3 orang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah hadir ke SMK Tun Habab. Kehadiran mereka adalah bertujuan untuk memberi bimbingan dan penilaian pertama Amalan Adab ABC bagi sekolah-sekolah rintis negeri Johor. Program ABC ini telah diperkenalkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YB Dato’ Haji Pkhairuddin bin Haji Ghazali. Moga program Anak yang Baik lagi Bijak (ABC) ini dapat mewujudkan generasi yang mempunyai teras yang teguh seperti keteguhan rohani, ketrampilan diri, sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri selain kecemerlangan kognitif dan psikomotor.  

Terima kasih kepada Encik Md. Zan bin Abu Bakar, Encik Hassurainy bin Abd. Halim dan Encik Rozaini bin A. Rani (Penolong Pegawai Hal Ehwal Murid, Pembangunan Murid, JPNJ)  kerana sudi hadir ke SMK Tun Habab dan Asrama Pusat Kota Tinggi (APKT).

Copyright Themes © 2022