Majlis Restu Ilmu STPM 2023

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Restu Ilmu STPM 2023 telah berlangsung pada 7 Februari 2023. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Ahmad Hafizuddin kemudian diikuti dengan ucapan daripada wakil pelajar, saudara Daniel Hafie. Ucapan aluan daripada  Cikgu Husna binti Abd. Hadi dan ucapan pengetua serta kata-kata semangat daripada pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil mengakhiri program dan aktiviti bersalam-salaman dengan guru-guru Tingkatan 6.

Terdahulu semua pelajar terlibat dengan gotong royong membersihkan dan menyusun kerusi dan meja sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Setiausaha memberikan taklimat peperiksaan dan mengedarkan slip pendaftaran mata pelajaran Semester 1 STPM 2023 dan Ulangan Semester 1 STPM 2022. Semoga semua pelajar beroleh kejayaan yang cemerlang.

Copyright Themes © 2022