Majlis Lambaian Rindu Sentuhan Kasih

Majlis Lambaian Rindu Sentuhan Kasih anjuran Ahli Kumpulan Pelaksana SMK Tun Habab ini telah berlangsung pada 4 Februari 2023 di Kafe Infusion, KSL Johor Bahru. Majlis ini bertujuan untuk meraikan persaraan pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil pada 1 April 2023. Kehadiran Cikgu Zakaria telah disambut oleh Puan Ubaidah binti Abd. Wahid (CC) dan AKP dengan sejambak bunga dan pemakaian selendang persaraan. seterusnya, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Azhar bin Abdul Aziz dan diikuti dengan ucapan daripada yang diraikan, Cikgu Zakaria. Turut hadir bersama beliau ialah anggota keluarganya dan para pentadbir Glorious Tun Habab.

Majlis Lambaian Rindu Sentuhan diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada beliau.

*Kredit kepada para AKP atas sumbangan gambar,

Copyright Themes © 2022