Meraikan Persaraan Puan Hajah Nur Hanisah

Pada 6 Februari 2023, Kumpulan Guru Perempuan sesi pagi SMK Tun Habab telah mengadakan majlis ringkas persaraan Puan Hajah Nur Hanisah Sarjit binti Abdullah. Majlis telah diadakan di Restoran Haji Daud dengan penuh nostalgia tetapi ceria dihoskan oleh Cikgu Dorina Anak Tulis dengan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustazah Norhafizah binti Ismail. Kemudian diikuti dengan ucapan daripada Puan Hajah Nur Hanisah dan persembahan video.  Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan acara bergambar sebagai kenangan.

Sejambak bunga daripada pihak guru perempuan dan semoga Hajah Nur hanisah bersara dengan tenang dan gembira. Terima kasih kepada penganjur, Cikgu Rohasnita binti Hassan dan Cikgu Noorazlizawatie binti Ahmad kerana dapat menguruskan majlis ringkas ini dengan tersusun.

Copyright Themes © 2022