Majlis Sekalung Apresiasi Buat Ayahanda Sempena Pra Persaraan Penguasa Asrama Pusat Kota Tinggi

Sekalung Apresiasi buat Ayahanda dititipkan khas sempena persaraan wajib tuan penguasa Asrama Pusat Kota Tinggi. Majlis dilaksanakan pada 2 Februari 2023 di Dewan Seri Damai Asrama Pusat Kota Tinggi.

Disambut dengan dendangan syair yang menitipkam kenangan diselikan dengan alunan lagu yang menyentuh jiwa dengan persembahan daripada anak-anak asrama dan diserikan dengan kehadiran tetamu yang diraikan serta tetamu jemputan. Diharapkan majlis ini dapat memberikan kenangan kepada Cikgu Zakaria bin Abd Jalil. Antara tetamu yang hadir pada malam itu ialah En Roslan bin Mohd Noh Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid dan Encik Arbain bin Mohd Ramly Penolong PPD Hal Ehwal Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

“Saya rasa saya patut bayar bila saya menonton persembahan yang disajikan” En Roslan bin Mohd Noh. Semoga dengan kenangan yang diberikan akan terus menjadi memori kepada semua yang hadir terutamanya Ayahanda Penguasa Asrama Pusat Kota Tinggi

*Berita dan gambar adalah sumbangan Cikgu Nurashikin binti Ishak

Copyright Themes © 2022