Program Sentuhan Kasih

Program Sentuhan Kasih telah berlangsung pada 25 Januari 2023 di Dewan Seri Tun Habab. Program yang dianjurkan oleh PPD Kota Tinggi ini dihadiri oleh beberapa orang pegawai PPD yang diketuai oleh Encik Mahfudz bin Miskam, Puan Suriani binti Selamat, Tuan Haji Noor Khariri bin Pungot, Puan Zaimedah binti Abd. Hamid, Encik Shaifuzi bin Mohd Joffry dan Encik Jamaluddin bin Abd. Rashid. Program ini menyasarkan kepada calon-calon SPM sekitar daerah Kota Tinggi.

Pengetua dan barisan guru SMk Tun Habab mengucapkan terima kasih atas lawatan ini dan semoga program ini akan terus dikekalkan dan menjadi budaya di peringkat daerah Kota Tinggi.

Copyright Themes © 2022