Majlis Restu Ilmu SPM

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Restu Ilmu SPM di Dewan seri tun Habab pada 26 Januari 2023. Program dimulakan dengan Bacaan Yaasin dan Solat Hajat di Musolla Al Habib. kemudian diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar tingkatan lima dan amanat daripada pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil. Sebelum bersurai, semua calon SPM bersalam-salaman dengan barisan pentadbir dan semua guru yang mengajar tingkatan 5.

Semoga semua calon dalam menjawab soalan dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM kali ini.

Copyright Themes © 2022