Sekitar Lawatan Tapak Program Johor Youngsters Coding 2023

Pada 16 Januari 2023, SMK Tun Habab menerima lawatan daripada Encik Yu Kok Hui dan Cik Nurul Nadiah binti Zulkipli, Penolong Pengarah. Sektor Sumber dan Teknologi, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan dua orang pegawai pendidikan daerah Kota Tinggi. Lawatan ini bertujuan untuk melihat tapak bagi Program Johor Youngsters Coding 2023. Turut bersama-sama dalam lawatan tapak ialah Encik Khairul Rizal bin Jamaludin (Ketua Pembangunan Perniagaan Jazro Robotics Academy) dan Encik Ir. Zulfarqeish bin Zainuddin (Ketua Pengurus Jazro Robotics Academy) dari Jazro Technology Robotics yang bertanggungjawab atas program ubahsuai bilik MyDigitalHub SMK Tun Habab.

Copyright Themes © 2022