Majlis Perpisahan Cikgu Ruhaya

Majlis perpisahan Cikgu Ruhaya binti Mohamed telah berlangsung pada 11 Januari 2023 di Dewan Seri Tun Habab.  Tahniah kepada Cikgu Ruhaya kerana beliau telah dinaikkan pangkat sebagai PK Pentadbiran di SMK Air Tawar.  Terima kasih atas bakti yang telah disumbangkan di SMK Tun Habab sepanjang tahun 2021 hingga 2022.

Dari Bintulu ke kota Kuching
Hendak membeli raga rotan
Perpindahan tuan doa diiring
Jemput singgah bila berkesempatan

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung
Hendak membeli tikarlah rotan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan

Sumber pantun :

https://www.1001ucapan.com/tag/pantun-perpisahan-sekolah/

Copyright Themes © 2022