SMKTH Menang Tempat Ketiga Liga Tunas Malaysia

Pada 4 Disember 2022, pasukan JDT SMK Tun Habab tewas nipis dengan pasukan daripada Perak Darul Ridzuan, SMK Idris Syah II. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada sepenuh masa perlawanan. Penalti menyaksikan pasukan SMK Tun Habab tewas apabila bolos dengan 4 gol berbalas 3. Tahniah buat saudara Aidil Suhaili bin Ibrahim yang memegang posisi pemain tengah Bawah 16 tahun diumumkan sebagai 11 Pemain Terbaik Liga Tunas Malaysia 2022.

Menurut pengurus pasukan Cikgu Ulul Azmi, “Alhamdullilah, perjalanan pasukan bola sepak SMK Tun Habab dalam Liga Tunas Malaysia telah sampai penghujung. Pasukan kita mencapai tempat keketiga bersama. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua Cikgu Zakaria, barisan pentadbir, guru-guru dan semua warga glorious atas doa, sokongan, sumbangan dan pengorbanan. Insyaallah, kami akan kembali dengan lebih baik. Doakan kami selamat dalam perjalanan pulang. 💪🏻💪🏻💪🏻.”

Copyright Themes © 2022