SMK Tun Habab Terima Pingat Emas

SMK Tun Habab dengan projek I-GOC berjaya mendapat Pingat Emas (Gold Medal) dan Anugerah Poster Terbaik (Sekolah Menengah) dalam RCE Iskandar Sustainable & Low Carbon School Exhibition 2022. Pertandingan ini adalah sempena Karnival Iskandar Puteri Rendah Karbon bertempat di Sunway Big Box Retail Park, Iskandar Puteri pada 1 Disember 2022. Tiga orang pelajar yang mewakili sekolah iaitu saudari Nur Awatif Husna binti Nor Azman, Raja Dania Khalisha binti Roslan dan Ariana Najwa binti Azmi.

Penulis

Cikgu Mawar Asmah Husna binti Jasimin 

Copyright Themes © 2022