SMK Tun Habab Sertai Pertandingan DIY

Alhamdulillah. Selesai sudah cabaran Pertandingan Mr DIY Made Simple 2022. Selepas 3 peringkat yang panjang. pasukan Glorious Tun Habab hanya mampu meraih hadiah saguhati apa bila diumumkan pada 1 Disember 2022 di Auditorium Besar Universiti Malaya. Terima kasih kepada tuan pengetua, Cikgu Zakaria bin Abd. jalil kerana sentiasa menyokong dan turut turun padang bersama sama mempersiapkan mereka. Turut bersama menyokong Cikgu Ahmad bin Ramli yang sentiasa menemani mereka. Cikgu Khairil Anwar bin Mohamad dan Cikgu Azizul Hakim bin Hamidun Hakim yang sudi membantu mengurus pelajar-pelajar ke Universiti Malaya. Terima kasih juga kepada Cikgu Mohd Ulul  Azmi bin Azis kerana memeberikan komitmen yang tinggi daripada awal pertandingan sehingga akhir walaupun ada tugasan besar lain yang dipikul. Terima kasih semua warga Glorious Tun Habab. semoga segala kebaikan akan kembali semula kepada pelajar dan kita semua. InsyaAllah.

Penulis

Cikgu Khairul Anuar bin Hasan

Copyright Themes © 2022