Muhammad Hazziq Tempat Ketiga Pertandingan Nyanyian Solo Kerohanian Sambutan Maulidur Rasul KEJORA

Dalam kesibukan minggu akhir persekolahan pihak SMK Tun Habab terus menyantuni undangan daripada pihak KEJORA untuk menyertai pertandingn Nyanyian Solo Kerohanian , Nasyid dan Syarahan sempena Sambutan Maulidurrasul Peringkat Wilayah KEJORA yang diadakan pada 30hb November 2022 di Dewan Besar KEJORA. Rezeki berpihak kepada SMK Tun Habab apabila Muhammad Hazziq daripda tingkatan 3 Al Jauzi dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi pertandingan tersebut dengan membawakan lagu Layar Keinsafan yang dipopularkan oleh kumpulan Mestica. Manakala peserta nasyid mendapat tempat keempat dalam pertandingan tersebut. Semoga pada tahun hadapan ada rezeki yang lebih besar untuk SMK Tun Habab.

Penulis

Cikgu Nurashikin binti Ishak

Copyright Themes © 2022