SMK Tun Habab Sertai Boling Tenpin

Pada 30 November 2022 yang lalu, Pasukan Boling SMK Tun Habab telah menyertai Kejohanan Boling Tenpin Pembangunan Boling 10 pin MSSJ Peringkat Negeri Johor. Bagi acara individu perempuan bawah 14 tahun Iman Nur Syahindah Binti Azam telah berjaya mendapat tempat ke-9 manakala bagi acara individu lelaki bawah 14 tahun Che Adham bin Mohd Hosni Azam telah berada di kedudukan ke-12. Semoga kejohanan ini dapat memberi suntikan semangat kepada pelajar untuk meneruskan perjuangan dalam kejohanan akan datang.

Penulis

Cikgu Mawar Asmah Husna binti Jasimin

Copyright Themes © 2022