SMK Tun Habab Suntik Kemenangan Pasukan Bola Tampar

4 pelajar SMK Tun Habab telah membantu pasukan Bola Tampar bawah 16 untuk mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Tampar U16 Peringkat Negeri Johor yang telah berlangsung di SJKC Jagor Segamat pada 25 dan 26 November 2022. Muhammad Adam bin Riezal 4 Al Khindi, Muhammad Saifuddin Bin Saari 4 Al Farabi, Irfan Syahmi bin Zulkarnain 4 Al Biruni, Muhammad Danish Haikal Bin Mohd Zukri 2 Al Biruni telah mewakili SMK Tun Habab untuk memperkuatkan pasukan. Cikgu Tang Sing Kie dan juga Cikgu Azri bin Abdullah juga terlibat sebagai jurulatih bagi pasukan ini mana kala Cikgu Nurashikin terlibat sebagai Penolong pengurus bagi wakil Kota Tinggi. Semoga pengalaman ini memberi sesuatu yang berharga untuk SMK Tun Habab memantapkan lagi pasukan Bola Tampar pada Kejohanan tahun hadapan.

Penulis

Cikgu Nurashikin binti Ishak

Copyright Themes © 2022