Pelajar SMK Tun Habab Membuat Persembahan dalam Majlis Penutup Karnival HEM Peringkat Negeri Johor

Terima kasih diucapkan kepada Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor kerana sudi menjemput SMK Tun Habab untuk membuat persembahan dalam Majlis Penutup Karnival HEM Peringkat Negeri Johor yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor pada 10 November 2022. Dengan Dendangan lagu Mohon Kasih dan Dinda, duo ini menghiburkan penerima anugerah dan tetamu VIP semasa jamuan penutup. Terima kasih sekali lagi kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor atas kesudian menghargai bakat anak-anak Glorious Tun Habab.

Penulis

Cikgu Nurashikin binti Ishak

Copyright Themes © 2022