Bengkel Fotografi Menggunakan Telefon Pintar

Kelab Multimedia Tingkatan 6 telah menganjurkan Bengkel Phinegraphy atau Fotografi Menggunakan Telefon Pintar pada 8 November 2022. Seramai 10 orang fasilitator Pusat Ekonomi Digital Daerah kota Tinggi (PEDI) sudi hadir untuk memberi bantuan dan bimbingan kepada semua pelajar Tingkatan 6 Semester 1 STPM 2023.

Dua slot telah diadakan iaitu bermula dengan slot Klik Dengan Bijak (KDB) dimana pelajar-pelajar dibimbing untuk berkongsi bahan dengan cara yang selamat bagi mengelakkan kecurian data seperti akaun simpanan dan maklumat diri. Slot kedua pula ialah slot mengambil gambar menggunakan telefon pintar dengan cara yang lebih kreatif dan menarik. Semoga program seperti ini dapat dijadikan rutin tahunan kepada semua pelajar Tingkatan 6.

Terima kasih kepada fasilitator PEDI yang sentiasa memberikan kerjasama hampir saban tahun.  

Copyright Themes © 2022