SMK Tun Habab Johan Pertandingan Kombo Festival Rancak Seni Peringkat Kebangsaan

Amalyaazani binti Mohd Jehwan tingkatan 2 Ibnu Sina merupakan wakil tinggal SMK Tun Habab dalam Pertandingan Kombo Festival Rancak Seni Peringkat Kebangsaan. Pertandingan Kombo yang menggabungkan peserta daripada pelbagai daerah ini mempertaruhkan vokal Amalyaazani dengan membawakan lagu Kuasa Cinta Dendangan Noraniza Idris dan Black Hanifah. Pertandingan tersebut telah berlangsung pada 28 sehingga 31 Oktober 2022 di Evo Mall Bangi. Semoga kejayaan ini memberikan inspirasi buat anak-anak Glorious untuk memperkembangkan bakat seni dalam diri mereka.

Penulis

Nurashikin binti ishak

Copyright Themes © 2022