SMK Tun Habab Tewaskan Pasukan Tok Gajah

Tahniah kepada pasukan DTC-JDT Kota Tinggi, SMK Tun Habab apabila berjaya menewaskan pasukan dari negeri Pahang dengan dua jaringan berbalas kosong pada perlawanan ketiga. Pasukan Glorious Tun Habab seri tanpa jaringan apabila berhadapan dengan pasukan Kelantan dan menewaskan pasukan dari Terengganu juga dengan kelebihan 2 gol.

DTC-JDT SMK Tun Habab yang mewakili negeri Johor Darul Takzim menduduki tangga kedua dalam kumpulan C dengan mengumpul 7 mata pada pertandingan Liga Tunas Malaysia peringkat Kebangsaan 2022. Kelantan turut mengumpul 7 mata mendahului kumpulan C dengan kelebihan beberapa jaringan sehingga pada hari ini, 29 Oktober 2022.

Copyright Themes © 2022