SMK Tun Habab Johan Futsal

Tahniah kepada skuad bimbingan Cikgu Khairil Anwar apabila mereka berjaya menewaskan SMK Linggiu pada pertandingan Futsal Bawah 16 Tahun. Skuad yang mendapat tajaan daripada syarikat Tupperware Kota Tinggi telah berjaya membawa pulang wang tunai RM1000 dan pingat. 

Pertandingan ini adalah anjuran Komuniti Sukan Rekreasi Parlimen Tenggara yang berlangsung di Stadium Tenggara, Bandar Tenggara pada 29 Oktober 2022.

Copyright Themes © 2022