GPN DUN Pasir Raja Kuasai Bola Tampar

Tahniah kepada Cikgu Tang Sin Kie dan Cikgu Mohammad Azri bin Abdullah yang mewakili Guru Pewaris Negara (GPN) DUN Pasir Raja apabila berjaya menewaskan pasukan DUN Tanjung Surat pada pertandingan Bola Tampar Guru Pewaris Negara Daerah Kota Tinggi sempena Hari Sukan Negara yang berlangsung di SMK Laksamana pada 29 Oktober 2022.

Berikut adalah keputusan pertandingan :

1. GPN DUN Pasir Raja
2. GPN DUN Tg Surat
3. PPD Kota Tinggi
3. GPN Johor Lama

Hadiah disampaikan oleh Tuan Mohd Sahri bin  Ammat,Timbalan PPD Pengurusan Sekolah, PPD Kota Tinggi dan seterusnya merasmikan penutupan pertandingan Bola Tampar Guru Pewaris Negeri Daerah Kota Tinggi.

Copyright Themes © 2022