Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul 1444H telah berlangsung di Dewan Seri Tun Habab pada 20 Oktober 2022. Majlis dimulakan dengan perarakan Badan Beruniform sambil membaca selawat dan membawa sepanduk yang bertemakan Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran. Perarakan dimulakan dengan guru-guru SMK Tun Habab dan diikuti dengan Badan Beruniform seperti Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam, Kadet Polis, Kadet Bomba dan PISPA. 

Usai ucapan pengetua SMk Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil, majlis diteruskan dengan ceramah Cintai Rasul oleh Ustaz Radizal bin Mohd Debuan dari SMK Tan Sri Jaafar Albar. Sambutan Maulidur Rasul turut dihari oleh YDP PIBG SMK Tun Habab, Puan Noriasah binti Sadek. Pertandingan Kuiz Cintai Rasul sempena Maulidur Rasul diadakan bagi memeriahkan majlis dan jamuan Nasi Beriyani kepada semua warga SMK Tun Habab.

Pelajar turut dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid Glorious Tun Habab dan bekas pelajar SMK Tun Habab. Pengumuman pertandingan perarakan mengakhiri sambutan Maulidur Rasul pada kali ini. 

Pelajar-pelajar yang bukan Islam juga dijemput menghadiri jamuan dan mereka turut menjalani aktiviti mengikut agama dan budaya masing-masing.

Link live stream Maulidur Rasul, Sambutan Maulidur Rasul SMK Tun Habab 2022 – YouTube.

Copyright Themes © 2022