Tun Habab Terus Mengungguli

Pada 6 Oktober 2022 SMK Tun Habab telah menjuarai dua kategori yang dipertandingkan dalam Karnival Asrama Sekolah Asrama Harian Peringkat Negeri Johor dan akan mewakili Negeri Johor ke Peringkat Kebangsaan di Melaka pada 21 hingga 23 Oktober 2022. Dua pertandingan tersebut ialah Duet Bintang Irama Malaysia dan juga Teater Monodrama yang melibatkan 6 orang pelajar dan telah dibimbing oleh Cikgu Nurashikin Ishak.

Tahniah kepada Muhammad Hazziq bin Mohd Helal 3 Jauzi dan Raja Muhammad Farisdanish bin Raja Muhammad Putra 3 Alusi peserta Duet Irama Malaysia

Tahniah juga kepada
Afiqah Izzati bt Mohammad Zaim 4 Khindi
Mohd Adam bin Rieza 4 Khindi
Muhammad Aqil Zahin bin Hairullah 3 Jauzi
Farid Isma bin Zoharee 3 Jauzi
Peserta Monodrama

*artikel ditulis oleh Cikgu Nurashikin

Copyright Themes © 2022