SMK TUN HABAB Johan Sayembara Puisi dan Lagu

SMK TUN HABAB sekali lagi menjuarai pertandingan puisi dan lagu dan kali ini membawakan tema Malaysiaku Sejahtera bersempena dengan hari Malaysia Peringkat Negeri Johor. Pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Kebudayaan SMK Puteri Wangsa dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor ini telah diadakan pada 1 hingga 30 September dan penjurian telah diadakan pada 13 Oktober 2022. Rezeki berpihak Kepada SMK Tun Habab yang membawakan 5 orang peserta iaitu

Afiqah Izzati bt Mohammad Zaim sebagai deklamator, Mohamad Adam bin Riezal pemain Cajun, Raja Muhammad Farisdanish bin Raja Muhammad Putra dan Muhammad Hazziq bin Mohd Helal sebagai pemain gitar dan Amalyaazani sebagai penyanyi dengan Bimbingan Cikgu Nurashikin Ishak. Kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mengharumkan nama sekolah dalam apa jua pertandingan yang disertai.

#Artikel ini ditulis oleh Cikgu Nurashikin

Copyright Themes © 2022