Cikgu Harrison Pindah Sekolah

Majlis Budimu Dijunjung Baktimu Disanjung telah diadakan pada 5 Oktober 2022 di Dewan Seri Tun Habab.  Majlis ini bertujuan untuk meraikan kenaikan pangkat Cikgu Harrison Rizal bin Valsalan@Roslan di SMK Bandar mulai 2 Oktober 2022. Cikgu Harrison telah memulakan tugas sebagai guru di SMK Bandar Penawar dan kemudiannya berpindah ke SMK Tun Habab pada tahun 2007. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Mulai tahun 2018 beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Kanan Mata Pelajaran Bidang Bahasa di SMK Tun Habab.

Sepanjang berada di SMK Tun Habab beliau sangat aktif dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan seni kreatif dan kokurikulum. Cikgu Harrison telah berjaya membawa beberapa kejayaan pelajar dalam permainan kriket di peringkat negeri dan Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia. 

Moga bapa kepada dua cahaya mata ini akan terus cemerlang dalam perkhidmatannya sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah yang baru.

Dari Bintulu ke kota Kuching,
Hendak membeli raga rotan;
Perpindahan Cikgu Harrison doa diiring,
Jemput singgah bila berkesempatan.

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan;
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.

Copyright Themes © 2022