Majlis Budimu Dijunjung Baktimu Disanjung

Majlis Budimu Dijunjung Baktimu Disanjung dianjurkan oleh Kelab Bilik Guru dan AKP yang diketuai oleh Cikgu Aliff Azrai bin Ahamad kerana meraikan kenaikan pangkat Cikgu Harrison Rizal bin Roslan sebagai PK Kokurikulum di SMK Bandar.

Terima kasih kepada Cikgu Harrison kerana banyak menabur jasa dan bakti di SMK Tun Habab semenjak tahun 2007.

“Perpisahan, semanis apapun, seindah apapun, tetaplah berpisah. Ada cerita yang sejak detik itu harus berubah menjadi kenangan.”

Semoga Cikgu Harrison akan terus cemerlang di sekolah yang baru kelak.

Copyright Themes © 2022