SMK Tun Habab Naib Johan Puisi dan Lagu

SMK Tun Habab terus melakarkan kejayaan di peringkat kebangsaan apabila diumumkan sebagai Naib Johan Pertandingan Puisi dan Lagu Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan Tahun 2022. Puisi dan lagu yang bertemakan Cegah Untuk Sejahtera ini dibawakan oleh kumpulan yang terdiri daripada deklamator Afiqah Izzati binti Mohammad Zaim daripada tingkatan 4 Al Khindi diiringi alunan violin oleh Teo Yee Xuan yang merupakan pelajar 4 Al Alusi dan penyanyi serta pemuzik yang diwakili oleh Raja Muhammad Farisdanish bin Raja Muhammad Putra (3 Al Alusi), Muhammad Hazziq bin Mohd Helal (3 Al Jauzi) dan Amalyaazani binti Mohd Jehwan (2 Ibnu Sina).

Tahniah kepada guru pembimbingnya, Cikgu Nurashikin binti Ishak dan para peserta. Terima kasih juga atas doa dan sokongan daripada semua warga Glorious Tun Habab.

#Artikel ditulis oleh Cikgu Nurashikin binti ishak

Copyright Themes © 2022