SMK Tun Habab Johan Liga Tunas Malaysia

Sudah tertulis rezeki DTC-JDT Kota Tinggi SMK Tun Habab telah muncul sebagai johan Liga Tunas Malaysia 2022 yang buat pertama kali diperkenalkan pada tahun ini. Strategi yang diatur oleh Cikgu Zuhariri, Cikgu Ezaq dan Cikgu Ulul Azmi (pengurus) membuahkan hasil. SMK Tun Habab Berjaya menewaskan SMK Bandar Putra, Kulai dengan jaringan 2 – 0. Dua jaringan tersebut diperolehi pada separuh masa kedua. Walaupun diasak berkali-kali oleh pasukan dari daerah Kulai, namun gawang Glorious Tun Habab tetap kukuh. Tidak hairanlah, penjaga gawang SMK Tun Habab telah diumumkan sebagai Penjaga Gol Terbaik pada tahun ini.

Tahniah kepada semua guru pembimbing dan para pemain.

Keputusan akhir pada Pertandingan Liga Tunas Malaysia 2022 Peringkat Negeri Johor

Copyright Themes © 2022