Karnival MUET : Ekspo Pelancongan Habab

Program Ekspo Pelancongan Habab yang dianjurkan oleh Unit MUET telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Pusat Tingkatan 6 SMK Tun Habab. Program telah dirasmikan oleh pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil. Cikgu Zakaria diiringi oleh PK Tingkatan 6, Cikgu Husna binti Abd. Hadi dan Guru Kokurikulum Tingkatan 6, Cikgu Saharudin bin Abdullah melawat dan mendengar taklimat dan penerangan daripada ketua projek bagi setiap negara. Usai melawat semua pakej negara yang ditawarkan, tetamu dihidangkan dengan persembahan nyanyian oleh saudara Muhammad Hamizan bin Sukmadin sambil menikmati jamuan ringan. 

Keputusan rasmi diumumkan dan pemenang menerima hadiah yang disampaikan oleh pengetua dan PK Tingkatan 6. Terima kasih kepada pengetua kerana sudi hadir dan melawat ekspo pelancongan ini. Tahniah kepada semua pelajar kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini dilaksanakan. Tahniah juga kepada unit MUET  yang dibarisi oleh Cikgu Nurulhazhan binti Elfikrie dan Cikgu Hajah Nurhanisah Sarjit binti Abdullah  kerana mengadakan aktiviti yang menarik ini. 

Copyright Themes © 2022