Hari Dialog Prestasi telah dilaksanakan pada 29 September 2022. Semua ibu bapa telah dijemput hadir untuk bertemu dengan guru tingkatan atau guru mata pelajaran bagi membincangkan prestasi anak-anak dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Dialog Prestasi bagi pelajar sesi pagi diadakan di kelas masing-masing manakala pelajar sesi petang pula diadakan di Dewan Seri Tun Habab.