SMK Tun Habab Ke Separuh Akhir

Walau dimana berada, solat fardhu jangan dilupa
Kata-kata semangat daripada Coach Zuhariri dan Coach Aliff

Warga SMK Tun Habab mendoakan semoga pasukan DTC-JDT SMK Tun Habab berjaya menewaskan SMK Nusa Damai, Pasir Gudang untuk ke peringkat akhir Liga Tunas Malaysia 2022 pada 29 September 2022. Perlawanan akan berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Sebelum itu, pasukan DTC-JDT SMK Tun Habab berjaya menewaskan SMK Sultan Abdul Jalil (Kluang) dengan 3-0. Tewas dengan SMK Sagil (Muar) dengan 2-3 dan seri dengan SMK Bandar Putra (Kulai) dengan 2 jaringan. SMK Tun Habab berpesta apabila berjaya membolosi gawang pasukan SMK Dato’ Bentara Dalam sebanyak lima gol berbalas kosong.

Perjuangan masih belum berakhir. Semua penyokong Glorious Tun Habab dijemput hadir untuk menyaksikan perlawanan yang dijangkakan sengit ini pada jam 8.00 pagi.

Copyright Themes © 2022