SMK Tun Habab Naib Johan Anugerah Khas Young Innovators Fair

Tahniah kepada pasukan Glorious Tun Habab kerana menduduki tempat kedua Anugerah Khas Young Innovators Fair bagi kategori Kejuruteraan/Robotik Peringkat Negeri Johor sempena Karnival STEM Negeri Johor di SM Sains Kota Tinggi (SAKTI). Projek tecHOME membawa nama SMK Tun Habab mewakili Johor di peringkat kebangsaan.

Ahli pasukan adalah terdiri daripada pelajar-pelajar 5 Al Biruni :

1. Nur Najiha Atira Binti Ishazah
2. Fina Elfiani Binti Nurfauzi
3. Kasih Aleeya Binti Jasri

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Encik Md.  Said bin Md. Daimon. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing dan para peserta.

Copyright Themes © 2022