Majlis Anugerah Kilauan Bestari 2022

Tanggal 26 September 2022 telah berlangsung Majlis Anugerah Kilauan Bestari 2022 di Dewan Tun Sri Lanang. Majlis dimulakan dengan paluan kompang oleh pelajar-pelajar Glorious Tun Habab menyambut kehadiran ADUN Pasir Raja, YB Puan Rashidah binti Ismail dengan diiringi oleh Yang DiPertua PIBG, Puan Noriasah binti Sadeh dan pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil serta barisan pentadbir, Cikgu Norzita binti Yunos (PK Kokurikulum), Cikgu Husna binti Abd Hadi (PK Tingkatan 6), Cikgu Zeti Akhtar binti Abd. Kadir (GKMP Bahasa), Cikgu Hasimah binti Munajat (GKMP Sains dan Matematik), Cikgu Fadzilah binti Mohd Ali (GKMP Sains Kemanusiaan dan Cikgu Ahmad bin Ramli (GKMP Teknik dan Vokasional). Nyanyian Lagu Negeri Johor dan Negaraku dimainkan sejurus sahaja tetamu yang dijemput ke dewan serta bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Hakimi bin Mohd Shukri.

Usai nyanyian itu, pengacara majlis, Cikgu Saharudin bin Abdullah dan Cikgu Dorina anak Tulis menjemput Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil untuk memberikan ucapan aluan dan YB Puan Rashidah dijemput untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Anugerah Killauan Bestari 2022. Penyampaian hadiah dan sijil oleh YB Puan Rashidah selepas persembahan dua buah lagu daripada pelajar yang dibimbing oleh Cikgu Murdiah binti Marzuki dan Cikgu Nurasikin binti Ishak. Penyampaian Anugerah Seri Kencana dan Anugerah Glorious Tun Habab kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM ialah kemuncak majlis  penyampaian Anugerah Kilauan Bestari pada kali ini. Persembahan 3 buah lagu dan lagu Anak Suria yang disampaikan oleh pelajar mengakhiri majlis ini. 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelaras program, Cikgu Nur Lina binti Mohd Shapri dengan dibantu oleh Cikgu Rozani bin Sohar dan Jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan Majlis Anugerah Kilauan Bestari 2022. Tahniah kepada semua penerima anugerah dan semoga ianya dapat memacu kecemerlangan dalam sahsiah, akademik dan kokurikulum.

Boleh lihat buku program untuk rujukan, https://anyflip.com/pditf/bjkn/

Copyright Themes © 2022