Program Perfect 10

Pada 15 September 2022 yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) telah mengadakan program yang diberi nama Perfect 10 di Dewan Tun Sri Lanang. UBK telah menjemput penceramah, Puan Azian binti Abd. Rahman (Pegawai SiSC+ PPD Mersing). Program ini menyasarkan pelajar Semester 3 STPM 2022 sebagai persediaan mereka untuk menghadiri temuduga kemasukan ke IPTA atau pekerjaan. Disamping itu, pelajar didedahkan dengan cara menulis resume yang berkesan.

Sudah pasti ketrampilan diri sangat penting untuk menghadiri sesi temuduga, maka satu sesi Head To Toe  turut diselitkan untuk memastikan pelajar-pelajar SMk Tun Habab tampil dengan kemas dan yakin. 

Copyright Themes © 2022