Tahniah Pasukan DTC-JDT Kota Tinggi

Tahniah kepada pasukan SMK Tun Habab (DTC-JDT Kota Tinggi) kerana telah menjuarai Liga Tunas Tahun 2022 yang berlangsung pada 13 dan 14 September 2022 di Stadium Mini Taman Kota Jaya.

Pasukan SMK Tun Habab telah menewaskan SMKA Bandar Penawar dengan jaringan 3-0. Terdahulu pasukan Glorious Tun Habab menewaskan SMKA Bandar Penawar dengan kelebihan lima gol. Diikuti dengan kemenangan SMK Tun Habab ke atas SMK Taman Seri Saujana 2-0. dan seri dengan SMK Air Tawar di peringkat kumpulan. Berbekalkan kelebihan satu gol menentang SMK Bandar Penawar di peringkat separuh akhir Liga Tunas Tahun 2022.

Cikgu Ulul Azmi menerima piala selaku pengurus pasukan DTC-JDT Kota Tinggi. Tahniah kepada skuad bimbingan Cikgu Zuhariri bin Md. Piah dan Cikgu Mohd Ezaq bin Mohamad Zin.  Terima kasih kepada Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil, pengetua SMK Tun Habab yang sentiasa menyokong pasukan Bola Sepak Glorious Tun Habab.

#Kredit kepada PIBG SMK Tun Habab

Copyright Themes © 2022