Sekitar Penilaian Studio Terbaik TVPSS Peringkat Negeri Johor

Pada 14 September 2022, warga SMK Tun Habab telah menerima kehadiran 3 orang penilai bagi Pertandingan Studio Terbaik TVPSS Peringkat Negeri Johor. SMK Tun Habab mewakili daerah Kota Tinggi bagi pertandingan tersebut bagi kategori Sekolah Menengah. Aturcara dimulakan dengan pembentangan tentang SMK Tun Habab secara ringkas dan perkembangan aktiviti Studio Glorious TV oleh pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil. Glorious TV ini telah mula diwujudkan secara rasminya pada tahun 2017.

Sebelum itu, SMK Tun Habab sebenarnya telah lama membudayakan rakaman video dalam pelbagai program sama ada di peringkat sekolah atau luar.  Semuanya dikendalikan oleh Briged Bestari pada waktu itu dan dijenamakan semula dengan nama Duta Penggerak Digital pada tahun 2017. Kemudian Unit ICT Glorious Tun Habab telah mewujudkan saluran TV sendiri dengan nama Glorious TV yang mana idea asalnya adalah daripada pengerusi Duta Penggerak Digital iaitu Saudara Mohd Nazri bin Azmi (sekarang sedang menuntut di Universiti Malaya). Tagline Glorious ini adalah idea daripada pengetua SMK Tun Habab.

Usai pembentangan daripada pengetua, para penilai diberikan ruang untuk menilai pelbagai aspek melalui pemerhatian, pemantauan dan temu bual bersama guru dan Duta Penggerak Digital. Tepat jam 1.30 petang, sesi penilaian tamat dan sedikit cenderamata disampaikan kepada para penilai oleh Cikgu Zakaria.

Terima kasih kepada Encik Azizan bin A. Razak (Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor), Encik Md. Khairul Azhan bin Abdul Gahapar (PPD Pasir Gudang) dan Encik Noorhaswari bin Ismail (PPD Johor Bahru) kerana sudi hadir ke sekolah kami memberi bimbingan. Tidak lupa juga terima kasih dan penghargaan kepada Puan Khadiatun binti Muhammed Diah (Penolong Pegawai Pendidikan, Unit Sumber Teknologi Pendidikan, PPD Kota Tinggi) kerana turut sama turun padang dengan memberikan bimbingan dan sokongan kepada pihak sekolah. Terima kasih kepada pengetua dan barisan pentadbiran Glorious Tun Habab yang turut sama  membantu melengkapkan keperluan studio dan menyiapkan pelbagai dokumen yang diperlukan.

Tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Noorazlizawatie (Guru Penasihat Duta Penggerak Digital), Duta Penggerak Digital (DPD) dan Unit ICT yang sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik sepanjang persediaan pertandingan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan hiasan dalaman studio yang diketuai oleh Cikgu Harisun Rizal dan Cikgu Muhammad Azri serta individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. 

Moga SMK Tun Habab terpilih untuk mewakili negeri Johor pada pertandingan peringkat kebangsaan yang dijangka pada pertengahan Oktober ini.

Copyright Themes © 2022