Kembara Nostalgia : Haji Zulkifli ke SMK Tun Habab

Pada pagi 14 September 2022 yang tenang, program Kembara Nostalgia berlangsung di SMk Tun Habab. Kali ini, warga Glorious Tun Habab menerima kehadiran Tuan Haji Zulkifli bin Mohamad yang merupakan pegawai PPD Kota Tinggi yang bakal bersara mulai 16 September 2022. Istimewanya kerana beliau pernah berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Tun Habab pada tahun 2007 sebelum beliau dinaikkan pangkat ke Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

Beliau merupakan guru yang sangat tegas dan sistematik dalam melaksanakan  pengurusan kokurikulum. Beliau banyak membantu guru-guru melaksanakan program Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan dengan lebih mudah. Pencapaian yang paling semasa beliau berkhidmat di SMk Tun Habab ialah mendapat tempat ketiga terbaik di peringkat kebangsaan bagi kategori kokurikulum. Kerjsama dan bantuan beliau sangat dihargai dan semoga beliau dapat bersara dengan tenang kerana telah menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. 

Copyright Themes © 2022