Hari Graduasi STPM 2021

Debaran semakin terasa apabila keputusan STPM 2021 diumumkan pada 18 Ogos 2022 di Dewan Seri Tun Habab.  Tepat jam 12.00 tengah hari, pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil telah mengumumkan pencapaian STPM 2021 dengan pencapaian PNGK 2.97 dan kelulusan 100%. Turut diumumkan juga dua orang pelajar yang telah mendapat keputusan 4.00 iaitu saudara Eddy Goh Chee Hao dan Siti Zubaidah binti Abd. Rahman.

Sebelum pengumuman STPM, Yang DiPertua PIBG SMK Tun Habab, Puan Noriasah binti Sadek dengan diiringi oleh Cikgu Zakaria dan PK Tingkatan Enam, Cikgu Husna binti Abd. Hadi berarak masuk ke Dewan seri Tun Habab untuk menyempurnakan Majlis Graduasi STPM 2021. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negeri Johor dan Negaraku serta diikuti bacaan doa untuk pelajar STPM 2023. Usai protokol sambutan, Yang DiPertua PIBG, Puan Noriasah menyampaikan sedikit ucapan dan telah dijemput untuk menyampaikan sijil tamat sekolah kepada semua para pelajar STPM Kohort 2020 seramai 35 orang. 

Tahniah kepada semua dan semoga ramai pelajar lepasan STPM 2021 layak untuk ke Institusi pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Copyright Themes © 2022