Duta Penggerak Digital SMK Tun Habab Harumkan Johor

Tahniah kepada guru penasihat Duta Penggerak Digital, Cikgu Noorazlizawatie binti Ahmad dan pasukannya kerana berjaya menduduki tempat kelima di peringkat kebangsaan. Kali ini Glorious Tun Habab menyertai cabaran kedua bertemakan Integrasi ‘ART’ dalam STEM dalam Pertandingan STEM Engineering Design Process Challenge 2022. Pertandingan ini dijalankan secara atas talian pada 28 Julai 2022 yang lalu. Tahniah kepada para peserta yang terdiri daripada :

Syabas dan Tahniah kepada anak-anak SMK Tun Habab, Kota Tinggi

Memenangi tempat ke-5 Kebangsaan dalam Cabaran Minecraft 2: Integrasi “Art” dalam STEM (Stem Engineering Design Process Challenge 2022)

1. Muhammad Afiq Syazani Bin Samsol
2. Aiman Farhan Bin Mohd Faruze
3. Nor Syakira Husna Binti Muhammad Nurdeen
4. Muhammad Haziq bin Mohd Faizal
5. Muhammad Izzul Iman bin Shamsul

SMK Tun Habab gembira apabila turut menerima ucapan tahniah daripada Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Encik Mohd Said bin Md. Daimon. Terima kasih tuan!

Copyright Themes © 2022