Hari Ketiga Minggu Hala Tuju STPM 2023

Minggu Hala Tuju STPM 2023 diteruskan pada hari ketiga dengan pelbagai aktiviti.  Dimulakan dengan pengurusan Tingkatan 6 dan aktiviti senaman ringan untuk meneruskan hari yang cergas dan penuh keceriaan. Program dimulakan dengan sesi Taklimat Kurikulum dan Sistem pentaksiran STPM oleh Cikgu Rozani bin Sohar (Ketua Unit Akadmik) dan diikuti dengan penerangan aktiviti Kokurikulum oleh Cikgu Mohd Shahril bin Suleiman dan Cikgu Saharudin bin Abdullah. Sesi berikutnya adalah berkaitan dengan Pendaftaran STPM 2023 oleh Cikgu Anum binti Mahat (Setiausaha Peperiksaan Tingkatan 6) dan Inventori Psikometrik oleh Cikgu Siti Khadijah binti Omar. Semua aktiviti berlangsung di Dewan Sei Tun Habab.

Copyright Themes © 2022